MELAKA: Kerajaan Melaka tidak pernah menzalimi atau ingin menganiaya peniaga kecil dan sederhana di sekitar Banda Hilir di sini yang terlibat dengan penutupan jalan sempena pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan selama tiga hari pada setiap minggu bermula Jumaat.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata penutupan jalan itu masih di peringkat percubaan dan kajian terperinci juga sedang dilakukan dari pelbagai aspek khususnya penyuraian trafik bagi melancarkan perjalanan kenderaan masuk ke kawasan berkenaan.
"Semua yang sedang kita lakukan ini masih di peringkat kajian percubaan dan kita menunggu maklum balas daripada semua pihak dalam usaha memastikan inisiatif ini dapat memberi penambahbaikan kepada ekosistem sektor pelancongan di Melaka sekali gus memberi pulangan kepada rakyat.
"Kerajaan negeri bukannya zalim untuk menutup jalan hingga peniaga tidak dapat berniaga dan menyusahkan pelancong, sebaliknya kita memerlukan banyak pelancong yang berkunjung ke Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 20224) dan keselesaan mereka serta rakyat terutama peniaga adalah penting," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Megasurf Pantai Puteri 2023 sempena TMM 2024 yang turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata kerajaan negeri juga sedang mengenal pasti kaedah terbaik membawa pelancong masuk ke Banda Hilir sekali gus dapat membantu sektor peniagaan di kawasan tumpuan pelancong itu.
Justeru, katanya rakyat Melaka dan pelancong diharap dapat bersabar serta tidak terburu-buru membuat kesimpulan berkaitan isu penutupan jalan dan pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan tersebut.
"Golongan peniaga di kawasan berkenaan adalah rakan kongsi pelancong bagi kerajaan negeri dan pastinya Melaka akan lebih hebat pada tahun hadapan dengan penambahbaikan yang dilakukan dari semasa ke semasa," katanya.
Pada Jumaat, media melaporkan kerajaan negeri mengumumkan pelanjutan tempoh penutupan jalan sempena Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir kepada tiga hari bermula Jumaat lepas berbanding setiap Sabtu sebelum ini.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin dilaporkan berkata penutupan jalan berkenaan adalah selama 54 jam bermula 6 petang setiap Jumaat hingga 12 tengah malam Ahad.
Pelanjutan tempoh penutupan jalan berkenaan mendapat reaksi negatif daripada peniaga dan rakyat Melaka sekali gus berharap kerajaan negeri mempertimbangkan semula pelanjutan tempoh tersebut selain menggesa isu penyuraian trafik dapat diatasi sebaik mungkin.
Mereka juga menggesa tempoh percubaan itu kekal pada setiap Sabtu bermula 6 petang hingga 12 tengah malam seperti sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023
Semua pengguna jalan raya melencongkan kenderaan mereka ke arah laluan yang ditetapkan sempena tempoh penutupan jalan sempena Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir, hari ini. - Foto BERNAMA
Hong Kong bakal buka pejabat perdagangan dan ekonomi di Malaysia
Hong Kong bakal membuka Hong Kong Economic & Trade Office (HKETO) di Kuala Lumpur, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
10 Berita Pilihan - (23 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 24 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Isu sekolah daif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki warga emas ditemukan lemas dalam longkang
Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar.
Inflasi Singapura kekal stabil pada April 2024
Inflasi teras Singapura mencatatkan 3.1 peratus tahun ke tahun pada April, tidak berubah daripada Mac.
APMM Kelantan tahan dua bot langgar undang-undang perairan
APMM Kelantan menahan dua bot nelayan tempatan kelas C dan bot fiber rekreasi pancing di perairan Tok Bali dalam dua tangkapan berasingan pada 9 dan 16 Mei lepas.
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
CIDB laksana lebih 1,500 operasi penguatkuasaan dari Januari-April
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah melaksanakan 1,528 operasi penguatkuasaan di tapak pembinaan di seluruh negara dari Januari hingga April tahun ini.
Buat laporan polis untuk hentikan perbuatan Ebit Lew - Saksi
Saksi memberitahu bahawa dia membuat laporan polis untuk menghentikan perbuatan pendakwah itu supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa seterusnya.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Melaka angkat suara golongan muda, bentuk Ahli Dewan Undangan Belia
Kerajaan negeri sedang membentuk Ahli Dewan Undangan Belia bermula Jun ini, bagi mengangkat suara belia dan terlibat sama dalam memberi pandangan terhadap isu-isu yang dibincangkan di peringkat keraja
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Remaja menangis didakwa rogol anak saudara tiri
Seorang remaja menangis di kandang tertuduh selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas dua pertuduhan merogol anak saudara tiri, Februari lalu.
Bekas pelumba Forca Amskins juara edisi ketiga L'Etape Malaysia
Bekas pelumba basikal Forca Amskins Racing Mohamed Hafiz Abdul Hamid menjuarai kategori Elit lelaki edisi ketiga kejohanan berbasikal L'Etape Malaysia 2024 hari ini.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Lokasi projek tanam benih padi ditukar kerana tidak sesuai - Dr Akmal
Lokasi sawah Kampung Tengah Padang, Merlimau dipilih sebagai projek rintis Ladang Benih Padi Sah, yang dijangka mengeluarkan benih padi yang pertama Melaka, awal tahun depan.
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.